Uang Syilling yang tertera di sebelah kiri ini,adalah satu2 nya koleksi uang yang tersimpan di Almari allahyarham bapaku,di suatu ketika dahulu.
Ia kelihatan begitu unik sekali,kerena Uang yang begitu lama,maseh lagi tersimpan di almari nya. Aku cuba menyelidiki dan bertanya pada allahyarhamah ibuanda ku tentang Uang yang aku temui ini.
Ibu mengatakan berkemungkinan uang syilling itu dari keturunan nenek moyang beliau ,dimana waktu itu Belanda maseh menjajah negara Indonesia. Dan masa itu juga mereka semua maseh memakai Uang2 syilling ini. Itulah cerita2 yang dapat aku cungkil dari allahyarhamah ibuku.
Yang Uniknya Uang ini Tertera bahasa tulisan JAWI , dan melambangkan Bendera Belanda. Yang paling Unik sekali tertera pada tahun perbuatan nya ia itu 1858. Ia unik dan boleh di kategorikan antiques. Di situ aku mula rasa berminat untuk menyimpan koleksi2 lama. Apa pendapat dan pandangan tentang Uang koleksi ini? Fikir2kanlah dan Analisa seterusnya,buat dijadikan pelajaran bagi yang suka mengumpul atau menjadikan koleksi2 ini mantap serta UniQ.
KRIS,adalah lambang kesejahteraan pahlawan2 melayu dahulu kala di waktu zaman raja2 dahulu. Dan hingga kini maseh terserlah kapada adat istiadat kemelayuan di raja. Amatlah Unik dan satu kebangaan bagi pahlawan2 atau panglima2 melayu.
Ia nya juga mempunyai berbagai lekuk dan bentuk2 yang tersendiri, dan terpulang kapada setiap individu pemakai nya.
KRIS yang di tatap di gambar ini, adalah KRIS koleksi souvenir yang di datangi dari kepulaun Riau.
Gambar kedua2 rajah di atas ini,adalah koleksi2 MUTIARA KU.(PEARLS). Berbagai2 bentuk dan warna yang di ketengahkan. Warna2 Mutiara yang ada disini: Mutiara UNGU (VIOLETS) ,Mutiara BANDUNG (PINK), Mutiara PUTEH (WHITE),Mutiara HIJAU APEL(APPLEGREEN), dan MutiaraHITAM (BLACK). Ini adalah koleksi yang menarek kerena ia terbentuk segala warna. Hati akan terasa puas apabila melihat sekali sekala pada mutiara koleksi ini.
Gambar rajah kanan ini adalah pancaran cahaya dari Permata Berlian Asli,yang di mana tersuluh dari pantauan cahaya matahari di siang hari. Ia begitu menarik perhatian sekali,kerna proses batu2 permata yang terserlah dan asli. Dengan di selabuti berbagai corak warna2 pancaran pelangi yang amat khusus dan semulajadi Alam.Ternyata tidak hanya manusia saja yang akan terus hidup,tetapi batu-batu juga ingin hidup seperti mahluk2 lain juga am'nya.
Gambar yang tertera diatas ini adalah Koleksi2 , kucing2 sedunia. seperti Prionoillurs Viverrinus ATAU di kenali sebagai Si Penangkap Ikan yang cekap. Ianya tidak seperti kucing2 yang lain dimana sebahagian kucing2 amat takut kapada Air. Tetapi tidak yang ini. Ia amat cekap dan berani turun ke Air atau tasik2 di sebahagian benua Eropah.,hanya sekadar untuk menangkap Ikan dan untuk dijadikan santapan hariannya.
Kucing PV ini juga mempunyai bulu yang seiras seperti harimau bintang, berbintik2 seperti bintang. Untuk mengaburkan mangsa2 mereka. Inilah kehidupan haiwan2 liar di sekitar eropah.
CHICO JR. (KUCING KU).
Gambar disebelah kanan pula adalah kucing peliharaan ku di rumah. Namanya CHICO JR. Chico Jr. adalah keturunan yang kebelasan dari adek beradek yang lainnya, dimana sebahagian mereka telah aku lepaskan dari permeliharaan. kerana terlalu banyak. Hanya satu perdua yang dapat aku perlihara di rumah. Salah satunya adalah C'MOK atau nama penuhnya SI GEMOK.
CHICO JR. ,ni memang cantek dan cute, serta manja sekali. makanan hariannya adalah Whiskas di dalam tin atau keropok biskut Whiskas. Ia gemar juga bermain2 sendiri atau dengan adek2nya yang lain. kebolehannya ia pandai ke kamar mandi membuang hajat sendiri tanpa di ajar. Dan di waktu tidur pula,Chiko Jr. akan tidur bersama2 ku di kamar tidur.Itulah CHICO JR. kucing kesayangan ku.
Ini adalah gambar KOLEKSI BATU2 PERMATA yang terkumpul keseluruhan nya. Alangkah indahnya cahya batu2 permata ini, yang mengilaukan sinaran semulajadi Alam.
Ianya datang dari pelbagai bentuk dan rupa,dari tanah,air,minyak,bumi, dan pelbagai semulajadinya alam yang kaya metrolisasi kejadiannya.
Dengan semua segala jenis permata, seperti Permata Berlian,Delima,Akek, Opal,Topaz,Peroz,Kecubong,Jamrud, Jarumemas dan bermacam2 lagi,dari kita ketahui hingga yang tidak kita ketahui. Itulah pentunjuk kebesaran illahi buat tatapan Umat manusia sejagat.
GIBSON LESPAUL USA. Koleksi gitar dari American Idols 2005. with Idols signatures. hadiah ini di dapati dari suatu kontest di Radio Mediacorps Singapore, yang mana penerima gitar ini telah memenangi dan mendapat semua jawapan yang di ketengahkan.